Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor menyelamatkan tiga keluarga yang terperangkap dalam kejadian banjir kilat akibat air pasang besar di Kampung Sri Gading, Johor, awal pagi tadi.<br /><br />Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Shahrul Nizam Sadri berkata lapan anggota digegaskan ke lokasi selepas menerima panggilan jam 3.57 pagi.
